Tuesday, June 17, 2014

Manfaat Utama Sustained Release Vita C


Perbezaan Vitamin C Shaklee

'Sustained Release' atau 'Sains pembebasan berterusan secara semulajadi' adalah hasil rekaan oleh Shaklee. Setiap tablet mengandungi hidangan 7.5 buah oren termasuk kulitnya dan pembebasan 1.5 biji vitamin C ke dalam tubuh kita setiap jam.

Setiap tablet mempunyai 120mg BIOFLAVANOID (25% dari bioflavanoid diekstrak dari kulit buah) dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dalam tubuh badan kita, melegakan indlamasi, menentang jangkitan bakteria dan menentang radikal bebas.


 Antara kebaikan-kebaikan mengamalkan Vitamin C


Amaran:
3 faktor yang akan memusnahkan vitamin C dalam tubuh badan kita
♦ Sebatang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin C
♦ Kontraseptif dan pil penahan sakit mampu menyusutkan vitamin C dengan banyak 
♦ Stress mampu mempercepatkan penyusutan vitamin C

Tahukah anda?
Manusia tidak mampu menghasilkan vitamin C dengan sendiri. Tambahan pula vitamin C mudah larut air dan akan hilang secara berterusan dalam tubuh badan kita.

Sumber : Buku panduan nutrisi


ID Shaklee : 1080822 Name : Nadia Alisha SMS/Whatsapp : 0129117006

Wednesday, June 4, 2014

Posisi Tidur Ibu Hamil


Posisi terbaik bagi ibu hamil ketika tidur adalah mengiring. Tidak kira mengiring ke kiri mahupun ke kanan. Seeloknya mengiring ke kanan kerana mengikut sunnah Rasulallah s.a.w.

Ketika hamil, banyak perlu yang harus difikirkan. Bukan setakat keselesaan semasa tidur tetapi keselamatan bayi dalam kandungan. Kadangkala kita tidak sedar cara tidur kita mampu membahayakan bayi dalam rahim.

Antara perbezaan posisi terlentang dan mengiring:

TERLENTANG

☻ Ibu rasa senak dan sukar bernafas ketika tidur (bayangkan beras 2kg diletakkan di atas perut kita)
☻ Rahim akan memberikan tekanan fizikal pada saluran darah besar (aorta dan inferior vena cava) menyebabkan ia menghalang peredaran darah ke jantung dan seterusnya menganggu penghantaran oksigen dan nutrien kepada bayi

MENGIRING

☻ Tidak mengganggu peredaran dan menyebabkan lebih banyak oksigen dan nutrien dihantar kepada bayi
☻ Ibu rasa lebih selesa bernafas ketika tidur

Dalam banyak-banyak kajian potensi ibu hamil tidur mengiring lebih rendah mengalami risiko bayi mati di dalam rahim berbanding posisi lain. Jadi kita sebagai ibu perlulah berhati-hati dalam menentukan posisi tidur termasuklah diri KB sendiri.



ID Shaklee : 1080822 Name : Nadia Alisha SMS/Whatsapp : 0129117006